Wednesday, February 21, 2018

CARA NAK BUAT TELUR ASIN GUNA AIR BUKAN ABU

Ada peminat tegar telur asin tak? Pernah tak buat sendiri? Cer angkat tangan. Hehehe

Actually Miah antara peminat telur masin tau. Tapi tak adalah makan hari-hari. Buat sendiri lagi jimat. Kalau beli agak-agak berapa sebiji yetelur masin yang dijual?

Kalau tempat miah ni dekat kelantan dalam 80 sen sebiji rasanya. Telur masin ni kalau pekena dengan nasi kerabu perrghhh sedap ya ampun (sambil tulis ni pun dah teringat nasi kerabu ada telur masin, ikan celup tepung, solok lada, sambal lada adudduuh)

Orang dulu-dulu buat telur masin dia rumit sikit sebab dia guna abu tu entahlah abu apa? Mesti abu kayu kan.

Tapi dulu miah pernah jugak terdengar khabar angin yang orang buat telur masin dengan abu mayat orang yang kena bakar tu. Aihhh seram dengorr.

Tapi dulu memang cepat juga percaya benda mengarut tu. Percaya tak percaya memang dulu lagi miah suka telur masin ni. Janji tak masin sangat. Masin pun masin light light gitew.




Tapi kadang kalau beli telur masin mesti ada yang dah termasin sangat kan. Sebab si pembuat ni nak pelihara telur masin tu. Tak nak bagi cepat rosak dan nak bagi tahan lama.

Kalau kita buat sendiri kita boleh agak kita nak rasa masin yang macamana. Nak masin light light masin tu semuanya boleh dapat kalau buat sendiri.

Dulu macam rumit je kan nak buat. Nak kena sediakan abu-abu debu tu semua. Kalau yang tak pandai buat memang tak menjadi.

Yang miah buat ni just guna air dan garam je tau. Senang sangat rupanya nak buat telur masin sendiri.

Ok miah belanja cara-cara nak buat telur masin tau. Lepas ini korang dah boleh buat. Tapi miah guna telur itik. Kalau kata susah sangat nak dapatkan telur itik boleh je buat dengan telur ayam tu.

RESEPI TELUR MASIN

Bahan-bahan:

20biji telur itik
20 sudu garam kasar
Air rebusan

Cara-cara:

1. Basuh telur itik bagi bersih. Toskan sampai ianya betul-betul kering. Ketepikan dulu.
2. Masak air atas api sehingga mendidih. Selepas itu angkat air rebusan tadi dan masukkan 20 sudu besar garam kasar tadi. Kacau sehingga garam itu hancur.
3. Ketepikan dan tunggu sehingga air suam-suam kuku baru masukkan telur.
4. Letak dalam bekas bertutup dan biarkan sehingga 2 minggu selepas itu baru boleh rebus dan makan.


Nak lagi bagi faham miah sertakan gambar tau😊.


Telur itik ni miah dah siap basuh bagi bersih dan toskan bagi betul-betul kering. Ada orang tu dia jemur bawah sinaran matahari. Tapi miah tak pun toskan sahaja.


Yang ni sukatan satu sudu besar garam tu tau.


Air yang dimasak tu miah agak-agak je. Masukkan semua telur then baru masukkan air garam suam-suam kuku. Tapi biasanya air tu takat tenggelam telur dah cukup dah.


Ni yang dah siap. Dah cukup semuanya. Boleh disimpan dulu selama 2 minggu.

Miah dah buat eksperimen tau memang telur masin kalau ikut sukatan yang miah bagitau ni betul-betul 2 minggu.

Sebab apa miah cakap macam tu?

Miah dah cuba tau. Mula-mula tu try rebus dalam seminggu macam tu. Telur putih je rasa masin sikit-sikit. Tak jadi lagi rupanya.

Sebenarnya ni kali pertama miah buat try buat telur masin sendiri. Alhamdulillah dah nak habis dah. Tinggal beberapa biji je lagi. Nanti nak buat pulak laa.

Kalau dekat sini miah beli telur itik itu harga dia RM 10 dalam 25 biji. Murah je kan. Maknanya RM 0.50 sen je sebiji. Kalau jual RM.80 sen sebiji untung tak?

Lepas ni kita jual telur masin la kalau macam gini hehehe.

Oh lupa nak bagitau. Lepas dah masin dan korang rasa masin tu dah cukup sedap untuk dimakan dengan nasi panas-panas. Minta tolong please jangan biarkan telur itu berada didalam bekas itu lagi.

Korang kena keluarkan semua dan letakkan dalam peti ais tau. Tak nak la nanti yang tak ada darah tinggi dapat darah tinggi pulak kan. Tak mau la macam tu.

Bila dah simpan dalam peti ais telur masin tu tahan lama sikit. Maybe sebulan dua bulan.

Kalau yang abu-abu debu tu miah tak tahu tahan berapa lama. Tapi rasanya tahan lebih lama kot.


Yang ni gambar daripada google. Dia guna abu apa tak tau. Hehehe


Yang ni pun gambar dari google.

Dalam banyak-banyak yang miah pernah jumpa telur masin yang abu debu hitam je. Yang lain tak pernah lagi.


Gambar dari google jugak. Selalu tak ingat nak snap gambar yang buat sendiri. Bila dah habis makan baru teringat nak snap.

Ok korang selamat mencuba. 😘

No comments:

Post a Comment

YOUTH SKINCARE BANTU WANITA ASIA TAMPAK MUDA DARIPADA USIA SEBENAR

YOUTH SKINCARE daripada Shaklee adalah set penjagaan kulit wajah yang terbaru daripada shaklee. Set Skincare Youth ini baru sahaja di...