Monday, July 17, 2017

BERSYUKUR ALLAH KURNIAKAN KEHIDUPAN SEKARANG

Assalamualaikum.

Sihat semua??

Hari ini teramat sibuk sehinggakan tidak sempat nak update kedai online @islamiahshaarybeauty dekat Ig dan juga facebook @Tam Mia.

Bukan nak cerita pasal sempat ke tak sempat semua tu.

Petang on the way masa miah balik dari pos office, abah miah cakap dia lapar. So, miah pun cari kedai makan.

Masa tengah duk cari dari jauh kami ternampak one family dalam 4 orang jugak sedang menolak kereta tolak yang diisi penuh dengan tin-tin dan botol-botol terpakai di tepi jalan.

And lepas tu miah ada nampak gerai kecil yang tak sesak dengan ramai orang. Miah pun berhentikan kereta.




Lagi la suka kita kalau orang tak ramai macam ni kan. Cepat order cepat boleh balik. Sambil tunggu order siap owner gerai tu sapa one family yang tengah tolak kereta tolak mereka.

"Ghano ghama sangat tu aghi ni?"

"Nak g mano?"

Mereka menjawab,

"Yo, ghama."

"Caghi tin nga botol."

(Semua dialog di atas dalam loghat kelantan)

You know what,pada masa tu miah rasa ya Allah ada lagi kehidupan yang daif macam ni. Yang teramat susah nak dibandingkan dengan kehidupan aku.

Firts impression tengok pemakaian diorang yang kotor, baju yang carik tu pun boleh diikatnya dengan getah.

Niat dalam hati masa ni dah nak bagi sedekah kat mereka. Berapa sen sangat la jual tin dan botol ni dapat sehari.

Terdetik pulak dalam hati

"Anak-anak dia tak bersekolah ke sedangkan hari ini bukannya hari minggu."

Allahuakbar

Adalagi orang yang hidup semiskin ini. Nak je tanya diorang ada ke dapat bantuan mana-mana zakat. At least boleh juga membantu keperluan mereka.

Kalau ditengokkan keadaan mereka ni, rasanya anak dia sememangnya tak bersekolah, yang bongsu tu nampak ok je sihat tapi mungkin dalam lingkungan darjah 5 atau 6.

Yang abang sorang lagi tu mungkin dalam 18 atau 19 tahun tapi nampak macam tak normal. Macamana esok-esok kehidupan anak-anak ni bila mak and ayah dia tak ada kan.

Siapalah yang nak jaga mereka???

Dah pendidikan pun tak ada, nak tampung hidup macamana???

Ok!

Masa miah nak bayarkan duit makanan tu, adik yang bongsu tu tengok wallet miah.

Mungkin juga dia terdetik ya allah aku pun nak jugak ada wallet and ada duit macam ni and juga ada kereta nanti besar.

Miah dulu pun macam ni juga. Pernah tengok orang pakai kereta and pemakaian yang cantik-cantik pernah juga terdetik.

"One day aku nak juga kehidupan macam ni."

So, lepas bayar tu miah pun hulurkan dekat adik tu sumbangan sikit.

"Dik, ni duit raya."
(Niat dalam hati sebagai sedekah)

Apa salahnya kita sedekah bahagian kita kepada mereka kan.

Mana tau Allah nak bagi berganda-ganda.

"Ya Allah murahkan rezeki keluargaku dan juga rezeki keluarga mereka ini".

Sukanya adik tu bila dia dapat duit tu and dia pun bagitau pada mak and ayah dia.

Mak ayah dia pun senyum and suka kat miah.

Lepas tu miah tak tanya pula diorang tinggal dekat mana, asalnya nak tanya tapi sebab tergesa-gesa masa tu.

Kalau difikirkan balik ruginya miah tak tanya at least boleh juga tolong untuk dapatkan bantuan.

Ya Allah, moga kehidupan mereka lebih baik daripada apa yang mereka ada sekarang ni.

Now, rasa sangat bersyukur dengan kehidupan sekarang.

Walaupun tak adalah sekaya-kaya mana pun, tapi dah cukup selesa nak dibandingkan dengan kehidupan mereka tu.

Ya Allah Engkau lindungilah keluarga kami, murahkan rezeki keluarga kami. Hanya Engkau yang Maha Pemurah dan Pemberi Rezeki.


Sekian.

No comments:

Post a Comment

YOUTH SKINCARE BANTU WANITA ASIA TAMPAK MUDA DARIPADA USIA SEBENAR

YOUTH SKINCARE daripada Shaklee adalah set penjagaan kulit wajah yang terbaru daripada shaklee. Set Skincare Youth ini baru sahaja di...